TLDM Tambah 4 Fast Interceptor Craft FIC G2000 MKII
16 Maret 2025
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/XYA24rd
via IFTTT
Fast Interceptor Craft FIC G2000 MKII buatan Gading Marine Industry (photos: TLDM, Gading Marine)
Sabah – Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali hari ini menyaksikan Majlis Penyerahan 4 Unit Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 MKII Fasa Kedua di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar.
Majlis menandatangani Sijil Penyerahan ini disempurnakan oleh Dato’ Ir. Jamalolail bin Mohd Yatim, Pengarah Urusan Gading Marine Industry, dan Puan Hazlin binti Selamat, Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan (B), Kementerian Pertahanan.
FIC G2000 MKII dibuat dan dibekalkan oleh Gading Marine Industry (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini sebelum ini telah menyerahkan 4 unit FIC G2000 MKII Fasa Pertama pada 11 Januari 2024, manakala baki 5 unit lagi dijangka diserahkan menjelang hujung tahun ini, menjadikan keseluruhan 13 unit. Inisiatif ini akan terus memperkukuh tahap kesiagaan pertahanan dan keselamatan negara.
(MYKemhan)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/XYA24rd
via IFTTT
Post a Comment