Tengok Progres Pesanan FA-50M, Panglima Tentera Udara Adakan Lawatan ke KAI, Korsel
22 Februari 2025
Lawatan ini menandakan satu pencapaian penting setelah termeterainya kontrak perolehan antara Kerajaan Malaysia dan KAI. Ia turut menjadi platform untuk melihat sendiri kemajuan dalam proses pembangunan aset baharu TUDM yang bakal menjadi pemangkin kepada evolusi keupayaan operasi dan latihan pertempuran udara negara. PTU diiringi oleh Pengarah Projek Udara, MTU-P&P, Kolonel Razali bin Ahmad Jumali TUDM dan Kolonel Fazrul Azwan bin Mustafa TUDM, Ketua Tim Projek FLIT-LCA.
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/kaBtOyQ
via IFTTT
Kemajuan pembinaan pesawat pejuang FA-50M TUDM telah melebihi 50 peratus lebih cepat dari jadual asal (photos: TUDM)
Lawatan Kerja Panglima Tentera Udara ke Korea Aerospce Industri (KAI), Korea Selatan
Dalam usaha memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara serta memperkasakan hubungan strategik dengan industri aeroangkasa global, Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja ke Korea Aerospace Industries (KAI) pada 17 hingga 18 Februari 2025. Lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau perkembangan pembangunan pesawat Fighter Lead-In Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) TUDM yang dijangka akan diperolehi pada tahun 2026.
Lawatan ini menandakan satu pencapaian penting setelah termeterainya kontrak perolehan antara Kerajaan Malaysia dan KAI. Ia turut menjadi platform untuk melihat sendiri kemajuan dalam proses pembangunan aset baharu TUDM yang bakal menjadi pemangkin kepada evolusi keupayaan operasi dan latihan pertempuran udara negara. PTU diiringi oleh Pengarah Projek Udara, MTU-P&P, Kolonel Razali bin Ahmad Jumali TUDM dan Kolonel Fazrul Azwan bin Mustafa TUDM, Ketua Tim Projek FLIT-LCA.
Panglima Tentera Udara Malaysia ikut dalam uji coba pesawat FA-50 milik KAI (photos: TUDM)
Salah satu detik bersejarah dalam lawatan ini adalah PTU turut serta dalam penerbangan pesawat FA-50 milik KAI bersama juruterbang penguji. Pengalaman secara langsung ini membolehkan PTU menguji keupayaan pesawat dalam aspek maneuverability, sistem avionik serta kesesuaian pesawat tersebut untuk memenuhi keperluan operasi dan latihan TUDM. Berdasarkan penilaian beliau, pesawat FA-50M bukan sahaja memenuhi keperluan teknikal dan taktikal tetapi juga berpotensi menjadi aset strategik dalam memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.
Enam juru terbang akan jalani latihan intensif
Seiring dengan perolehan ini, seramai enam juruterbang TUDM dijadualkan menjalani latihan intensif di Korea Selatan pada Oktober 2025 bagi membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu ini. Selain itu, seramai 51 anggota kejuruteraan TUDM akan menyertai kursus senggaraan bermula Januari 2026, sekali gus memastikan kesiapsiagaan teknikal pesawat ini dalam perkhidmatan TUDM kelak.
Lawatan ini turut memperkukuhkan hubungan industri pertahanan antara Malaysia dan Korea Selatan, apabila PTU turut mengunjungi syarikat Hanwha Aerospace dan Korea Aviation Engineering & Maintenance Services (KAEMS). Kedua-dua syarikat ini memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan serta penyelenggaraan pesawat FA-50M, memastikan kelangsungan operasi dan keberkesanan perkhidmatan pesawat ini dalam jangka panjang.
Secara keseluruhannya, PTU berpuas hati dengan kemajuan pembangunan pesawat FA-50M. Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan aset baharu TUDM, tetapi juga menandakan era baharu dalam kerjasama strategik antara Malaysia dan Korea Selatan dalam bidang pertahanan dan aeroangkasa. Dengan perkembangan positif ini, TUDM berada di landasan tepat untuk terus menjadi kuasa udara yang disegani di rantau ini.
(TUDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/kaBtOyQ
via IFTTT
Post a Comment