PTU Terbangkan Pesawat Su-30MKM, Pamer Keupayaan dan Kesiagaan TUDM Melaksanakan Operasi Pemintasan Pesawat Asing dan Force Down

10 Februari 2025

Panglima Tentera Udara menerbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing dan force down (all photos: TUDM)

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan Misi Pemintasan Pesawat Asing dan Force Down sempena Lawatan Kerja Jawatankuasa Kerja Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JKK SSPA) ke Pangkalan Udara Kuantan pada 4 Februari 2025.


Misi Pemintasan Pesawat dan Force Down merupakan salah satu tindakan pantas skuadron pesawat pejuang melaksanakan tugasan memintas pesawat asing  yang menceroboh ruang udara negara.


Demonstrasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada delegasi yang hadir tentang pengoperasian ATM amnya dan TUDM khasnya, seiring dengan setiap cadangan penambaikan SSPA bagi perkhidmatan ATM yang telah dikemukakan kepada JKK SPPA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Penglibatan Panglima Tentera Udara, pegawai dan anggota TUDM telah membuktikan kesiagaan aset dan warga TUDM di peringkat Strategik, Operasional dan Taktikal mampu diatur gerak sebilang masa dalam menjaga kedaulatan negara.


Demonstrasi lain yang turut dilaksanakan adalah Low Level Tactical Navigation, Free-Fall Tactical Infiltration, Combat Search and Rescue Mission, Ground Attack Tactic and Close Air Support Mission, Night Flight Tactical Operation dan Night Air Combat Tactic and Close Air Support Mission. Demonstrasi yang dilaksanakan ini sebahagiaannya turut disertai oleh wakil JPA yang hadir bagi memberi peluang kepada mereka merasai sendiri cabaran dan risiko yang dihadapi oleh setiap pegawai dan anggota ATM dalam melaksanakan setiap misi.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/0uftDYC
via IFTTT