Program "Local Planned Maintenance 12 Years F/A-18D TUDM" Berhasil Hemat Anggaran 25%
26 Februari 2025
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/3ex7puK
via IFTTT
Kunjungan Menteri Pertahanan ke Pangkalan Udara Butterworth melihat LPM12Y F/A-18D Hornet TUDM (photos: MYKemhan)
“Planned Maintenance Interval 1” ini perlu dilaksanakan selepas 12 tahun pengoperasian pesawat bagi mengekalkan status “airworthiness”.
Sebahagian pengisian lawatan kerja ke PU Butterworth, Menteri Pertahanan Kheled Nordin telah meninjau kemajuan Program Local Planned Maintenance 12 Years (LPM12Y) bagi pesawat F/A-18D Hornet oleh syarikat tempatan, G7 Global Aerospace Sdn Bhd (G7GA).
Program senggaraan peringkat depoh bagi pesawat F/A-18D Hornet ini berjalan selama 5 tahun bermula 2024 dan dijangka selesai pada tahun 2029.
Menteri Pertahanan telah diberikan taklimat oleh pihak syarikat berkenaan status dan hala tuju pelaksanaan Program ini dan berpuas hati dengan kemajuan terkini yang mengikut “milestone” ditetapkan.
Aktiviti senggaraan di dalam negara membolehkan Kerajaan mengurangkan kos sekitar 25% berbanding menghantarnya ke luar negara.
Selain penjimatan kos yang ketara kepada Kerajaan dan pemendekan “turnaround time”, LPM12Y membolehkan modal insan dan industri aeroangkasa tempatan terus dibangunkan.
(MYKemhan)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/3ex7puK
via IFTTT
Post a Comment