Pengoperasian Pesawat Hawk Mk 108/208 TUDM Dikumpulkan di No 6 Skuadron, Labuan

27 Februari 2025

Serah terima pesawat Hawk Mk 108/208 dari Skuadron No 8 ke Skuadron No 6 (photos: TUDM)

Serah Terima Pesawat Hawk Mk 108/208 di Antara No 15 Skuadron dan No 6 Skuadron

BUTTERWORTH – Upacara Serah Terima Pesawat Hawk Mk 108/208 di antara No 15 Skuadron dan No 6 Skuadron telah berlangsung di Hangar No 15 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth. Upacara ini menandakan peralihan tanggungjawab pengoperasian pesawat Hawk Mk 108/208 secara rasmi kepada No 6 Skuadron.


Upacara serah terima telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah No 15 Skuadron, Lt Kol Mohd Khairul Azrin bin Mohd Tuah TUDM dengan simbolik penyerahan dokumen rasmi kepada Pegawai Memerintah No 6 Skuadron, Lt Kol Zulkifli bin Mohamad TUDM. Upacara ini telah disaksikan oleh Komander Pangkalan PU Butterworth, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin TUDM.

Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga No 15 Skuadron atas dedikasi dan sumbangan mereka sepanjang tempoh penugasan di pangkalan ini sejak tahun 1994. Dengan simbolik penyerahan ini, No 6 Skuadron kini akan menggalas sepenuhnya tanggungjawab mengoperasikan pesawat Hawk Mk 108/208 dalam mendukung misi pertahanan udara negara.


Langkah ini merupakan penyusunan semula aset pesawat pejuang TUDM dan persiapan bagi penerimaan pesawat pejuang baharu iaitu FA-50M yang bakal memasuki inventori TUDM.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/6ZEYdqU
via IFTTT