Panglima Tentera Laut Adakan Lawatan Kerja ke LUNAS Tinjau Proyek LCS
24 Februari 2025
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/QjfoSF2
via IFTTT
Progres kapal LCS kedua KD Raja Muda Nala (photos: TLDM)
Kehadiran Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin telah disambut oleh Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jayasekhar Joseph selaku Ketua Pengarah Projek LCS TLDM serta diiringi oleh Komander Jal Shazidi bin Bassari TLDM (Bersara), Ketua Pegawai Operasi LUNAS Lumut dan Kepten Rosnizam bin Che Puteh TLDM (Bersara), Pengarah Projek LCS LUNAS.
Lawatan kerja ini membuktikan bahawa Pengurusan Tertinggi TLDM sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap perkembangan fasa pembinaan LCS agar mengikut piawaian kualiti tertinggi mengikut spesifikasi dan dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Lawatan Kerja Timbalan PanglimaTentera Laut ke LUNAS
LUMUT - Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin bersama ahli Jawatankuasa Laksamana TLDM telah melaksanakan lawatan kerja ke limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) bagi meninjau perkembangan pembinaan projek Kapal Pesisir Pantai (LCS).
Di dalam rangka lawatan, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bersama delegasi telah diberi taklimat kemajuan pembinaan LCS 1 dan LCS lain serta Shore Integration Facility (SIF) yang telah beroperasi.
Komitmen LUNAS dalam setiap fasa pembinaan sehingga ke hari ini juga membuktikan komitmen dan kerjasama jitu sebagai rakan strategik yang erat di dalam menyokong keperluan operasi TLDM.
LCS 1 dijadualkan untuk diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026 manakala kapal seterusnya dijadualkan diserah selang 8 bulan sehingga LCS 5 pada April 2029.
(TLDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/QjfoSF2
via IFTTT
Post a Comment