TLDM Latih Kesiapsiagaan dengan INDEX 26 MCMV

31 Desember 2024

Latihan INDEX MCMV TLDM (all photos: TLDM)

Kesiapsiagaan Skuadron Penangkis Periuk Api ke-26

Latihan Individual Exercise 26th Mine Countermeasure Vessel (INDEX 26 MCMV) 2024 telah berjaya dilaksanakan di perairan Kepulauan Sembilan dan Pulau Pangkor pada 15 dan 16 Disember 2024.


Latihan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini melibatkan aset Skuadron Penangkis Periuk Api (SPP) Ke-26 iaitu KD MAHAMIRU, KD JERAI dan KD KINABALU.


Pelaksanaan INDEX 26 MCMV bukan sahaja meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi Skuadron Penangkis Periuk Api (SPP) Ke-26, tetapi turut memperkukuhkan keupayaan TLDM dalam menjaga keselamatan perairan negara.


Menurut Portal Rasmi TLDM, Skuadron Penangkis Periuk Api ke-26 mempunyai armada 4 kapal yang terdiri dari KD Mahamiru - 11, KD Jerai - 12, KD Ledang -13, dan KD Kinabalu - 14.


Kapal penangkis periuk api Lerici class ini dibina oleh Syarikat Intermarine di Itali dan dilancarkan pada 30 Oktober 1984 oleh Puan Zabidahtul Mansur, isteri kepada Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia.



from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/vVSdDa5
via IFTTT