Mindef Teliti Pembelian Helikopter Baru Jika TD Gagal Sewa Helikopter Diperlukan - Menteri Pertahanan
19 November 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/uCyIUBl
via IFTTT
Helikopter Black Hawk US Army (photo: Picryl)
Pasir Gudang: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan meneliti keperluan pembelian helikopter baharu, jika Tentera Darat Malaysia (TDM) gagal menyewa helikopter yang diperlukan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini, TDM sedang dalam proses mendapatkan sewaan helikopter tersedia untuk digunakan.
Kata beliau, perolehan aset termasuk untuk pajakan sewaan helikopter perlu dilakukan secara teliti mengikut spesifikasi aset diperlukan TDM, dan ia memakan masa.
"TDM perlu buat kajian dan mengeluarkan jemputan pada mana-mana pihak, jika ada helikopter tersedia mengikut spesifikasi dikehendaki.
"Saya percaya proses ini sedang mereka usahakan namun ada kalanya, helikopter diperlukan itu tidak ada dalam pasaran.
"Perlu diingat, (helikopter) Black Hawk sebelum ini untuk sewa lima tahun, bukan dibeli. Mungkin jika itu tidak dapat diteruskan, mungkin kita kena fikir untuk membeli (helikopter) dan ia akan mengambil masa sedikit lama," katanya, hari ini.
Pada 6 November lalu, Mindef dilaporkan sudah menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk (Black Hawk) kepada syarikat yang sebelum ini memenangi tender sewaan berkenaan.
Mohamed Khaled dilaporkan berkata, tindakan itu selepas syarikat terbabit gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan walaupun sudah dilanjutkan hingga akhir Oktober lalu.
(Metro)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/uCyIUBl
via IFTTT