TDM Terima Carl Gustav M4 dan Beberapa Perlengkapan Baru
29 Oktober 2024
TDM telah menerima 110 recoilless rifles 84mm Carl Gustaf M4 yang dipercayai untuk anggota 10 Briged Para dan Gerup Gerak Khas (GGK) (photo: BTDM)
Kesiagaan TDM Terus Diperkasa Dengan Perolehan Aset Baharu
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen hari ini.
Beberapa perlengkapan tempur baru untuk TDM: truk, ATV, radio dan night vision goggle (photo: TDM)
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baharu untuk kegunaan pasukan-pasukan di bawah Tentera Darat antaranya adalah 57 unit Modular Tent, 13 unit Multi Channel Radio System (MCRS), 10 unit Multipurpose Mobile Inventory Vehicle (MMIV), 153 unit Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR), 2 unit Kenderaan Penarik dan Horse Float, 30 unit All Terrain Vehicle (ATV), Night Vision Goggle, Anti Tank 84mm Carl Gustav dan pelbagai lagi.
Perolehan baharu ini membolehkan anggota melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan menjadikan kesiagaan TDM di tahap yang tinggi sama ada dalam mempertahankan keselamatan negara dan juga untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.
(TDM)
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/hqnoZ78
via IFTTT
Post a Comment