Perolehan F/A-18C/D Terpakai Milik Kuwait Hanya “Stop Gap” – Panglima ATM
28 Oktober 2024
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/JQmOGy1
via IFTTT
Kunjungan Menhan Khaled Nordin ke Kuwaiti Air Force (photos: Mal Mindef)
Perolehan pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF) hanyalah “langkah sementara” (stop gap), sehingga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperolehi pesawat-pesawat pejuang yang baru.
Bercakap dalam temuramah dengan akhbar berbahasa Inggeris tempatan New Straits Times, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata mereka mempunyai perancangan untuk memperolehi pesawat pejuang baru pada masa depan.
“Pesawat-pesawat pejuang ini (F/A-18C/D milik Kuwait) mempunyai jangka hayat 10 tahun, memberikan kita masa yang cukup untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang yang lebih baik.”
“Itu adalah sebab mengapa kita memilih Hornet daripada Kuwait,” kata beliau.
Beliau juga berkata bahawa perolehan pesawat-pesawat pejuang milik Tentera Udara Kuwait itu adalah selaras dengan realiti kedudukan kewangan dan keperluan operasi negara.
“Perolehan pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Kuwait itu menyokong perancangan pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Jika kita melihat terhadap aset-aset sedia ada, sebahagiannya akan ditamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.”
“Melihat kepada kapasiti kewangan (kita), kita menimbangkan kemampuan kita terhadap pesawat-pesawat pejuang terpakai daripada Kuwait,” kata Mohammad.
See full article Defence Secutity Asia
from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/JQmOGy1
via IFTTT
Post a Comment