Kontrak Sewa 4 Helikopter Black Hawk Mungkin Dibatal

25 Oktober 2024

Helikopter UH-60 Black Hawk (photo: US Army)

KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan (MINDEF) mungkin membatalkan kontrak menyewa empat helikopter UH-60A Black Hawk untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu akan dimuktamadkan selepas tempoh penghantaran empat helikopter berkenaan tamat Rabu depan.

Berikutan itu, TDM akan mencari alternatif selepas kontrak itu dibatalkan.

"Pada 30 Oktober ini maka kemungkinannya memang dibatalkan (kontrak sewa Black Hawk) dan kita akan memikirkan bagaimana kita nak cari alternatif.

"Kita kena faham Black Hawk awalnya hanya disewa untuk lima tahun, bukan untuk dibeli secara kekal.

"Jadi saya telah minta TDM mencari alternatif kerana ia sebagai satu 'stop gap' sementara untuk lima tahun bagi kegunaan tentera darat," katanya selepas menyaksikan Eksesis Padang Jaguh Siri 2/2024 di Lapang Sasar Tanjung Logok, di sini hari ini.

Bulan lalu, Mohamed Khaled berkata MINDEF memberi tempoh kepada syarikat pembekal sehingga Oktober ini untuk memenuhi penghantaran empat Black Hawk.

Pada Ogos lalu, beliau berkata, MINDEF sudah mendapat maklum balas daripada Pejabat Peguam Negara berkaitan cadangan pembatalan kontrak sewaan Black Hawk untuk TDM.

MINDEF sebelum ini dilaporkan akan menilai secara menyeluruh perjanjian pajakan empat helikopter Black Hawk sebelum membuat keputusan sama ada membatalkan kontrak atau memberikan masa tambahan kepada pembekal.

Pada Mei tahun lalu, MINDEF menandatangani kontrak menyewa empat helikopter dengan syarikat tempatan, Aerotree Defence and Services Sdn Bhd selama lima tahun bernilai RM187 juta.

See full article Berita Harian


from DEFENSE STUDIES https://ift.tt/5jDGhzw
via IFTTT