Rejimen Ketiga KAD di Kedah Kini Mengoperasikan Gempita 8x8

09 September 2024

Kenderaan perisai Gempita 8x8 di Rejimen Ketiga KAD (photos: 3 KAD)

Perbarisan Pengoprasian Kenderaan Perisai (KP) 8x8 Gempita

SUNGAI PETANI ---: Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato' Azhan bin Hj Md Othman telah menyaksikan acara Perbarisan Pengoperasian Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja di Padang Kawad Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah.

Perbarisan yang berkekuatan seramai 11 Peg dan 163 LLP dimulakan dengan gimik pergerakan masuk Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA dan anggota perbarisan sebelum diteruskan dengan pemeriksaan barisan oleh YBhg Panglima 2 Divisyen dengan menaiki Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA Armoured Command Vehicle (ACV).

Perbarisan yang diketuai oleh Mejar Manivel a/l Letchumanan, Pemimpin Skuadron Alpha merupakan acara simbolik untuk lakaran sejarah 3 KAD apabila Tentera Darat telah bersetuju perpindahan Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA daripada Pasukan 2 KAD kepada Pasukan 3 KAD bagi menampung keperluan operasi, latihan dan mengekalkan kompitensi krew 3 KAD.

Upacara perbarisan ini turut menyaksikan acara pemasangan formasi 2 Divisyen dan 3 KAD oleh YBhg Panglima 2 Divisyen sebagai simbolik perasmian Pengoperasian Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA. Dalam ucapan beliau menyatakan harapan agar penerimaan Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA ini dapat meningkatkan lagi kompitensi Krew pasukan 3 KAD. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Arah Armor kerana telah menaja kertas kerja dalam Mesyuarat JKKOTD pada bulan Feb yang lepas bagi perpindahan Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA tersebut.

Upacara berakhir dengan YBhg Panglima 2 Divisyen dan isteri, Datin Noor Ainy binti Hj Mohd Ali telah diarak menggunakan Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA (ACV) oleh seluruh warga 3 KAD sebagai tanda penghormatan dan penghargaan merasmikan Perbarisan Pengoperasian Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA pasukan 3 KAD.

(Rejimen Ketiga KAD)



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4eaoiRe
via IFTTT