Malaysia Masih Tunggu Keputusan Kuwait Tentang Hasrat Perolehi F/A-18C/D Hornet Negara Itu

14 Agustus 2024

Kuwaiti Air Force memiliki 39 pesawat F/A-18C/D Hornet yang akan digantikan oleh pesawat F/A-18 E/F Super Hornet yang masih menunggu pengirimannya (photo: Itamilradar)

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Malaysia masih lagi menunggu keputusan daripada kerajaan Kuwait tentang hasratnya untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik tentera udara negara Timur Tengah itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun telah berusia tetapi secara teknikalnya, pesawat F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait itu masih lagi sesuai untuk digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Secara teknikalnya, pesawat berkenaan (F/A-18C/D Kuwait) sangat sesuai untuk Angkatan Tentera Malaysia, keputusannya akan ambil masa sebab ia tak mudah … kita masih menunggu (keputusan) dan sudah berhubung secara lebih dekat dengan Kuwait,” katanya.

Usaha memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait itu tidak mudah, katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2024 di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.

See full article Defense Security Asia


from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4dFmSOD
via IFTTT