Eksesais Udara Shakti 2024 (EX US24) Perkukuhkan Hubungan RMAF dan IAF

09 Agustus 2024

Eksesais Udara Shakti 2024 (EX US24) antara TUDM dan IAF (photos: TUDM)

Kuantan - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) buat kali kedua menjadi tuan rumah bagi Eksesais Udara Shakti 2024 (EX US24) bersama Indian Air Force (IAF). Eksesais yang bermula pada 05 Ogos hingga 09 Ogos 24 ini dilaksanakan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE).

Matlamat utama EX US24 ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan dua hala pertahanan yang terjalin lebih 60 tahun melibatkan kedua-dua angkatan udara. Di samping itu, eksesais ini juga dapat  meningkatkan interoperability dalam melaksanakan latihan bersama secara taktikal melalui perkongsian maklumat dan pengalaman di mana secara tidak langsungnya memberi manfaat terhadap perkembangan teknologi dan taktik dalam melaksanakan operasi penerbangan.

Latihan melibatkan tujuh pesawat dari dua negara yaitu Su-30MKI dan Su-30MKM (photo: TUDM)

Majlis Pembukaan EX US24  telah berlangsung dengan ucapan dari Team Leader IAF, Gp Capt Ajay Rathi dan ucapan perasmian pembukaan oleh Pengarah Eksesais (EXDIR) Kol Abdul Rahim bin Jusoh TUDM. Simbolik kepada acara ini, Pengarah Eksesais turut menyempurnakan pemakaian "patch" kepada peserta IAF.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Deputy High Commissioner of India, Ms. Subhashini Narayanan dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM dari Pangkalan Udara Kuantan.

Pelaksanaan EKSESAIS UDARA SHAKTI 2024 (EX US24) hari ini melibatkan pertempuran udara 7 buah pesawat Sukhoi-30 daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Indian Air Force (IAF) di ruang udara Kuantan.

Dalam masa yang sama, pengisian aktiviti EX US24 dimanfaatkan dengan perbincangan 'Subject Matter Expert Exchange' (SMEE). Aktiviti ini bertujuan berkongsi kepakaran dan pandangan serta skil para peserta di dalam bidang penerbangan dan kejuruteraan untuk pesawat Sukhoi-30.

TUDM mengikutkan 2 pesawat Su-30MKM no M52-03 dan M52-10 (photo: TUDM)

Pelaksanaan HOP EX (EKS US24) di mana pilot dari kedua-dua negara RMAF & IAF bertukar pesawat Su-30MKM dan Su-30MKI untuk melaksanakan pertempuran udara. 

IAF membawa 6 Sukhoi Su-30MKI, 5 untuk latihan bersama, 1 buat cadangan (photo: TUDM)

Antara matlamat utama HOP EX ini adalah untuk menguji kesiapsiagaan pesawat, berkongsi taktik dalam melaksanakan pertempuran serta perbezaan fungsi alatan pesawat.

(TUDM)



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4fANdPA
via IFTTT