Eksesais Malindo Jaya 27AB/24 Perkukuh Hubungan TLDM dan TNI AL
01 Juli 2024
Aset TLDM terlibat adalah KD SELANGOR, KD RENCONG dan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) manakala TNI-AL telah menghantar KRI FRANS KAISIEPO, KRI SAMPARI dan sebuah helikopter AS565 Panther bagi pelaksanaan latihan kebersamaan ini.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3zrwaPu
via IFTTT
Sepanggar - Eksesais Bilateral Malaysia-Indonesia Siri 27AB/24 (MALINDO JAYA 27AB/24) di antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) telah dilaksanakan mulai 23 hingga 29 Jun 2024 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah dan sekitar perairan Laut China Selatan.
Sepanjang eksesais ini berlangsung, pelbagai siri latihan di pangkalan telah dilaksanakan diantaranya adalah Table Top Exercise dan Perbincangan Pegawai Operasi. Latihan di laut pula merangkumi pelbagai aspek peperangan konvensional dan juga keselamatan maritim.
Terdahulu, eksesais telah dirasmikan oleh Panglima Armada Timur, Yang Berbahagia Laksamana Madya Datuk Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy dan disaksikan oleh Kepala Staf Komando Armada II (KASKOARMADA II), Laksamana Pertama Isswarto TNI-AL pada 24 Jun 2024 manakala upacara penutup telah disempurnakan oleh Wakil Direktor Latihan pada 29 Jun 2024.
Selain daripada aktiviti-aktiviti eksesais, kedua-dua angkatan laut juga telah mengukuhkan ukhwah melalui aktiviti sukan dan sosial. Aktiviti sosial yang telah dilaksanakan adalah Majlis Makan Malam Rasmi MALINDO anjuran TLDM dan Majlis Resepsi anjuran TNI-AL.
Eksesais MALINDO JAYA 27AB/24 telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan kerjasama dan interoperabiliti TLDM dan TNI-AL.
TLDM merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak TNI-AL di atas kerjasama serta komitmen yang dipamerkan bagi menjayakan eksesais.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3zrwaPu
via IFTTT
Post a Comment