KD Ganas: 51 Tahun Tetap Gagah Membelah Samudera

07 April 2024

KD Ganas 3503 (photo: MPA Timur)

KD GANAS merupakan salah sebuah daripada 4 kapal kelas Perdana yang masih dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia. Reka bentuk kapal ini adalah berasaskan kapal serang laju La Combattante II yang dihasilkan oleh Perancis.

Kapal sepanjang 47 meter ini mampu untuk berlayar pada kelajuan melebihi 32 knot.

KD GANAS telah ditauliahkan kedalam perkhidmatan TLDM pada 28 Februari 1973. Pada awalnya, kapal ini merupakan kapal serang laju (Misil). Menyelusuri sejarah, KD GANAS telah melalui pelbagai pengalaman dan perubahan.

Kapal ini telah menjalani Projek Repowering pada tahun 2019. Inisiatif Repowering membolehkan sebahagian aset Armada TLDM diberi nafas baru dari segi keupayaan operasi, jangka hayat dan juga sokongan lain seperti alat ganti.



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3U7Wwhm
via IFTTT