Tentera Darat Dijangka Terima Helikopter Black Hawk April ini
22 Maret 2024
Helikopter UH-60 Black Hawk (photo: US Army)KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima penghantaran pertama helikopter Black Hawk pada April ini, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Beliau berkata, penghantaran peringkat pertama itu melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan beberapa kekangan melibatkan kontraktor dan pengeluar helikopter berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.
"Bagaimanapun kontraktor telah memberikan janji mereka untuk menghantar helikopter pertama pada April ini dan saya harap ia dipenuhi," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan perolehan aset helikopter pengangkut sederhana itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Tentera Darat di Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Perdana Sungai Besi di sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri.
Ditanya mengenai faktor kelewatan itu, Muhammad Hafizuddeain berkata, beliau enggan membuat sebarang spekulasi, bagaimanapun menegaskan TDM amat memerlukan perkhidmatan helikopter berkenaan bagi tujuan latihan dan operasi.
Pada Mei tahun lepas Kementerian Pertahanan menandatangani kontrak sewaan empat helikopter dengan syarikat tempatan Aerotree Defence & Services Sdn Bhd selama lima tahun bernilai RM187 juta.
See full article Sinar Harian
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/4am0tEk
via IFTTT
Post a Comment