KD Laksamana Hang Nadim dan VPNS 20 Laksana Latihan Pertingkat Interoperabiliti TLDM-TLDV
12 Februari 2024
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/49mYkb0
via IFTTT
VPNS 20 korvet anti kapal selam kelas Pohang AL Vietnam (photos: TLDM)
LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Vietnam (TLV) terus memperkukuhkan kerjasama dan meningkatkan interoperabiliti aset melalui latihan Passage Exercise (PASSEX) di antara KD LAKSAMANA HANG NADIM dan VPNS 20 di Selat Melaka hari ini.
Latihan PASSEX dijalankan saban waktu oleh TLDM dengan kapal perang sahabat yang melalui perairan negara. Kali ini, PASSEX dilaksanakan bersama VPNS 20 yang sedang dalam pelayaran ke destinasi seterusnya selepas selesai melaksanakan lawatan operasi di Pangkalan TLDM Lumut sejak 8 Februari lalu.
TLDM sentiasa mengambil peluang seperti ini untuk meningkatkan kesalingoperasian dengan angkatan laut sahabat selain memperkasakan diplomasi pertahanan negara.
Tahniah kepada kedua-dua kapal atas kerjasama yang baik! Bravo Zulu! Kepada VPNS 20, Bon Voyage, Fair Winds & Following Seas!
(TLDM)
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/49mYkb0
via IFTTT
Post a Comment