‘Sekurang-kurangnya dalam Masa Setahun Dua, Kapal LCS Pertama Siap’ – Hishammuddin

10 Agustus 2022

Pembuatan kapal tempur pesisir (LCS) di galangan Boustead (photo : BNS)

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan siap dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun dua.

Hishammuddin berkata, bagi memastikan projek itu siap dalam tempoh ditetapkan, beliau akan melaporkan perkembangan pembinaan kapal berkenaan secara berperingkat kepada Kabinet dan orang awam.

“Kita diberikan 6 bulan selepas keputusan Kabinet untuk memobilisasikan usaha menghidupkan semula projek ini. Ia melibatkan libat urus dengan vendor di Perancis, ia melibatkan engagement dengan agensi-agensi perbankan,

“Tetapi untuk Dewan ini saya boleh nyatakan, bahawa sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua ini, saya harap kapal pertama akan dapat kita siapkan. Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat, kapal-kapal yang telah pun dijanjikan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),

“Saya akan maklum kepada Kabinet apa yang telah kita lakukan, untuk memastikan ia mengikut apa yang telah dijadualkan,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang bertanya jangka masa kapal LCS akan siap dan diterima oleh kerajaan.

Pada Khamis lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dalam laporannya merumuskan bahawa Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak mengendahkan pandangan TLDM selaku pengguna akhir (end user) dalam pelaksanaan projek kapal LCS. 



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3vW0D3A
via IFTTT