9 RAMD (PARA) Laksana Latihan Menembak Senjata Bantuan
03 Desember 2021
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3GajiLx
via IFTTT
Latihan menembak senjata bantuan (all photos : 9 RAMD)
KKS dan LMIT Tingkatkan Kompetensi Kesiagaan Tempur Warga Harimau Para
MELAKA: Batalion Ke-9 RAMD (Para) telah melaksanakan Kem Kemahiran Senjata (KKS) serta Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) bermula pada 22 hingga 28 Nov 21 bertempat di Kem Asahan, Gemas. Seramai 10 Pegawai dan 279 anggota LLP telah terlibat dalam latihan pada kali ini.
Latihan yang direncanakan memfokuskan kepada Latihan Menembak Senjata Bantuan Seksyen, Platun, Kompeni dan Batalion. Ianya bertujuan meningkatkan kemahiran dan kompetensi Peg dan anggota serta memastikan setiap latihan menembak yang dilaksanakan bertepatan dengan objektif yang digariskan. Penerapan latihan berorientasikan ‘One Step Higher’ terarah kepada Komp Tempur dengan pelaksanaan ‘Platoon Battle Drill’ secara ‘Life Rounds Firing’ dalam senario dan situasi pertempuran sebenar dengan menggunakan senjata persendirian dan senjata bantuan komp.
Dalam pada itu, latihan menembak Mor 60mm, Mor 81 mm, membaling bom tangan, latihan memusnah kereta perisai menggunakan senjata RPG-7 dan Light Anti-Tank Weapon M 72, Carl Gustav serta menembak siang dan malam menggunakan senjata Mesingun Kegunaan Am (MGKA) turut dijayakan bagi menilai tahap kesiagaan latihan serta aset.
Latihan yang dilaksanakan adalah untuk menguji kemahiran pengendalian senjata-senjata serta pengukuhan keupayaan teknik, taktik dan prosedur (TTP) bagi aturgerak keupayaan bertempur yang sebenar sebagai pengukuran kepada setiap paratrooper ‘Battle Ready’ dengan pemupukan ‘value added’ dalam kepelbagaian latihan.
Sejajar dengan Teras Pemerintahan Panglima 10 Bgd (Para) Ke-20 iaitu Latihan sentiasa dekat di hati Warga 10 Bgd (Para) dengan mendokong Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan melalui latihan yang berterusan serta berkesan telah dapat diaplikasikan.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3GajiLx
via IFTTT
Post a Comment