Eksesais PARADISE 2021, TUDM Uji Keupayaan Operasi Pelbagai Spektrum
27 Oktober 2021
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3CkOfLt
via IFTTT
Eksesais PARADISE Siri 8/2021 (all photos : TUDM)
KUANTAN: Eksesais PARADISE Siri 8/2021 (Eks PARADISE) menjadi platform terbesar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menambah baik prosedur dan tahap profesionalisme setiap anggota serta mengoptimumkan penggunaan asset.
Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Salleh Osman TUDM berkata eksesais tersebut untuk menentukan tahap kesiapsiagaan aset yang tinggi bagi memastikan pertahanan negara sentiasa terpelihara.
Mengulas lanjut, katanya gabungan elemen udara seperti pesawat pejuang dan “Air Mobility” iaitu pesawat angkut dan helikopter serta elemen dukungan daratan akan menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman serta penilaian apabila digabungkan.
“Eksesais pada kali ini menyaksikan Pangkalan Udara Kuantan bertindak sebagai Exercise Controller (EXCON) yang turut melibatkan Pangkalan Udara Subang, Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Gong Kedak.
“Elemen daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) juga terlibat menerusi Eksesais Stallion Pack 2/21 dan Eksesais Gerak Pantas 25/21,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Pada kenyataan sama, beliau memaklumkan bermula 22 Oktober hingga 2 November 2021, TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Semenanjung Malaysia yang telah digazetkan untuk lokasi eksesais.
“Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh eksesais,” katanya lagi.
Beliau juga mengingatkan agar semua yang terlibat, memberikan penekanan terhadap keselamatan operasi dan pematuhan SOP Covid-19 sepanjang eksesais berlangsung.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3CkOfLt
via IFTTT
Post a Comment