10 Briged (PARA) Laksana Uji Cuba Penambah-baikan 'SOP" Penerjunan Tempur di Laut
01 September 2021
Latihan penerjunan di air/laut (all photos : 10 Briged Para)
Objektif latihan penerjunan adalah untuk mengkaji dan melaksanakan uji cuba Teknik, Taktik, Prosedur dan SOP bagi latihan penerjunan di air/laut bermula dengan penubuhan Mounting Base, persiapan keselamatan di kawasan penerjunan, dan penerjunan anggota di kawasan air/laut di samping pergerakan taktikal merapati musuh/objektif.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3zCSWiC
via IFTTT
Terendak - Komp PANDURA (Para) terlibat dalam Eks TIGER LEAP, 10 Briged (Para) Siri 4/2021 di Zon Gugur (ZG) Bidara, Tanjung Bidara pada 11 Ogos 21 dengan melaksanakan uji cuba Standard Operations Procedures (SOP) Penerjunan Tempur di air/laut bagi mempertingkatkan kesiagaan penerjun serta menguji keupayaan 10 Briged (Para) dalam penerjunan di air/laut dalam aspek pengaturgerakan.
Latihan ini juga adalah sebahagian daripada persiapan pasukan-pasukan di bawah pemerintahan 10 Briged (Para) dalam menghadapi EKS PARA PREDATOR dan GERAK PANTAS. Panglima 10 Briged (Para), Brig Jen Khairul Azmizal bin Ahmad Natal turut hadir untuk melihat keberhasilan uji cuba tersebut di samping memberikan garis panduan penambahbaikan.
Eksesais dilaksanakan dengan pematuhan SOP dan disiplin ketat bagi memastikan anggota terlibat terlebih dahulu diisolasi, disaring dan telah menerima dua dos vaksin COVID -19 serta dilaksanakan di dalam lokaliti setempat secara bubble group.
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3zCSWiC
via IFTTT
Post a Comment