Latihan Self Entrenching Kereta Kebal Pendekar 11 KAD
09 Maret 2021
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3rZzhVf
via IFTTT
Seramai 8 Peg dan 28 LLP dari 11 KAD (Kor Armor Diraja) terlibat dalam Latihan Self Entrenching Kereta Kebal PENDEKAR di Tapak Latihan Memandu KJA 11 KAD bermula dari 22 Mac 21 hingga 26 Mac 21.

Latihan ini telah dikelola oleh Pem Skn Charlie serta melibatkan dua buah Kereta Kebal PENDEKAR digunakan untuk latihan ini.
Latihan ini dimulakan dengan pelaksanaan kelas bagi pembelajaran teori, pengenalan kepada peralatan, persiapan pada kenderaan dan pelaksanaan praktikal Self Entrenching oleh krew.
Konsep latihan ini adalah menjurus kepada pelaksanaan latihan dengan melaksanakan Self Entrenching untuk membolehkan Kereta Kebal PENDEKAR mengambil kedudukan Hull Down dan juga Turret Down.
Latihan ini juga meningkatkan keyakinan krew dalam mengaplikasi teknik pengendalian kereta kebal berdasarkan keadaan permukaan tanah yang sebenar.
Latihan ini dilaksanakan sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan yang menitikberatkan keupayaan siaga anggota dalam menghadapi sebarang operasi.
Turut hadir semasa latihan ini dilaksanakan adalah Pen Peg Mem 11 KAD, Mej Nazrol bin Abdullah.
(11 Armor)
from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3rZzhVf
via IFTTT
Post a Comment