Eks Silver Spear I Siri 1/21 Menguji Tahap Kesiagaan Bateri Pertahanan Udara 10 BGD (Para)

15 April 2021

Eksesais Sliver Spear I di Sungai Baru, Melaka (photos : 10 Briged Para)

MELAKA : 361 Bti RAD (Para) telah menganjurkan Eks Silver Spear I Siri 1/21 di kawasan Kuala Sungai Baru, Melaka. Seramai 2 pegawai dan 27 anggota telah terlibat di dalam eksesais ini yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 7 hingga 9 Apr 2021.

361 Bti RAD (Para) sebagai elemen bantuan tempur berperanan untuk memberi pertahanan udara aras rendah kepada ketumbukan 10 Bgd (Para) dengan mengaturgerakkan dan menempatkan sistem persenjataan misil Anza MK II. Pasukan ini mampu untuk memberikan pertahanan titik rawan, kawasan rawan dan pertahanan laluan di dalam operasi 10 Bgd (Para).

Eksesais ini bertujuan untuk menguji tahap kesiagaan pasukan disamping sebagai persiapan bagi menghadapi EKS PARA PREDATOR yang dijangka akan berlangsung pada Jun hingga Julai 2021 sebagaimana yang dihasratkan oleh Panglima 10 Bgd (Para).

Hasil daripada eksesais yang dilaksanakan, pasukan dapat menilai tahap kesiagaan anggota detasmen dan membuat penambahbaikkan melalui perbincangan After Action Review (AAR) sejurus eksesais tamat.

(10 Briged Para)



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3gdQQPk
via IFTTT