Eks Ubique Claw Siri 1/21 Uji Ketumbukan 10 BGD (Para) dalam Operasi Menyeberangi Sungai

29 Maret 2021

Latihan Ubique Claw Siri 1/21 (all photos : 10 Briged Para)

MELAKA: Eks UBIQUE CLAW Siri 1/21 telah menguji keupayaan 10 Skn RAJD (Para) sebagai elemen bantuan tempur ketumbukan 10 Bgd (Para) dalam Operasi Menyeberangi Sungai di dalam latihan yang diadakan di Ladang Taman Permai, Kuala Sg Baru, Melaka mulai 15 hingga 18 Mac 2021. 

Latihan perairan ini merupakan eks gabungan bersama unit-unit di bawah naungan 10 Bgd (Para) yang dipecahkan mengikut elemen iaitu 17 RAMD (Para), 8 RRD (Para), Komp Bantuan (Para) dan 10 SSB (Para) sebagai Bridgehead Force, 10 Skn RAJD (Para) dan 10 Pl KPTD (Para) sebagai Manouver Sp Force serta 10 Komp KPD (Para) dan Komp Perubatan (Para) sebagai Service Sp Force.

Tujuan eks ini dilaksanakan adalah sebagai persediaan untuk menguji tahap kesiagaan peralatan perairan sedia ada sebelum menghadapi Eks PARA PREDATOR pada bulan Jun hingga Jul akan datang. Misi menyeberangi sungai bermula dengan menyelamatkan tanah dekat dan tanah jauh seterusnya menawan objektif di tanah jauh melalui dua jenis lokasi penyeberangan iaitu Foot Crossing Site menggunakan Portable Floating Platform (PFP) dan Rafting Site menggunakan Rakit Catamaran.


Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal dalam lawatannya ke kawasan latihan pada 18 Mac 2021 telah menyaksikan dan turut menguji keupayaan pasukan di dalam pembinaan Portable Floating Platform (PFP) dan Rakit Catamaran pada waktu malam.


Latihan diakhiri dengan After Action Review yang dilaksanakan di MK Taktikal bagi membincangkan keberkesanan serta kelemahan latihan yang telah dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan.

(10 Briged Para)



from DEFENSE STUDIES https://bit.ly/3u2R2V3
via IFTTT